CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
BETTER CONSULTATION, BETTER INFORMATION, BETTER NUTRITION, BETTER HEALTH, BETTER LIFE

Friday, 14 December 2012

SUPLEMEN NI BAIK KE BURUK? PERLU KE TAK PERLU?


"Perlu ke makan suplemen? saya bukannya sakit,saya masih sihat.."

"Tak perlu ambil suplemen, daripada makanan yang kita makan pun dah cukup, nanti terlebih lagi bahaya.."

"Suplemen ni mahal, buang duit je membeli, kesannya tak seberapa.."
 
"Semua orang patut makan suplemen, sebelum sakit lebih baik kita mencegahnya.."

"Suplemen memang bagus, saya dah merasai sendiri kesannya.."

Bermacam-macam pendapat yang kita dengar tentang penggunaan suplemen ni, ada yang menyokong, tak kurang yang mengutuk dan menidakkan.. Setiap pandangan bergantung kepada individu, lain orang lain pemikirannya. Walau apa pun, hormati setiap pendapat, jangan "kondem" tak tentu hala :)



Kenapa kita perlu makan suplemen bersama-sama makanan secara teratur dan konsisten?

Kerana untuk mengelakkan kekurangan suplemen (vitamin/mineral)

Macam mana nak tahu kita kekurangan vitamin? setiap vitamin akan menyebabkan simptom-simptom tertentu kepada individu yang kekurangan vitamin-vitamin tertentu. Apa yang penting ketahui simptom-simptom ini dan nilai diri anda sendiri sama ada anda memerlukan vitamin atau tidak dan apa vitamin yang diperlukan. Bagi saya itu yang lebih baik. Jangan mengambil vitamin semata-mata kerana terpengaruh dengan testimoni orang lain tanpa menyedari keperluan diri sendiri yang sebenarnya. Tanda-tanda kekurangan vitamin akan saya kongsikan dalam entri seterusnya :)

Badan manusia boleh menghasilkan sesetengah vitamin dan selainnya perlu di ambil daripada sumber makanan. Sejauh mana anda yakin yang anda sudah mendapat nutrisi atau vitamin yang secukupnya dari sumber makanan?  Adakah anda pengamal pemakanan seimbang? Apa maksud pemakanan seimbang??


Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.


Badan manusia boleh menyimpan sesetengah vitamin untuk satu jangka masa sebelum seseorang individu mengalami simptom-simptom kekurangan vitamin. Sebagai contoh Vitamin A, B12 dan D disimpan di dalam hati manusia. Vitamin B3 disimpan selama satu hingga dua minggu. Penyimpanan Vitamin C daripada sebulan hingga lebih setengah tahun, bergantung kepada diet individu.

Kekurangan vitamin dalam badan manusia boleh dikategorikan sebagai "primary" atau "secondary".
Kekurangan "Primary" berlaku apabila seseorang tidak mendapat vitamin yang secukupnya daripada pemakanan.
Manakala kekurangan "secondary" berlaku apabila seseorang individu mengalami keadaan atau penyakit yang mengganggu penyerapan vitamin dalam badan. Merokok dan tekanan adalah antara contoh penyebabnya. 

Pemakanan yang seimbang,pelbagai dan sihat boleh mencegah atau mengatasi masalah kekurangan ini. Tetapi sekiranya anda sendiri tidak yakin dengan cara pemakanan anda, SUPLEMEN mungkin membantu anda. Tepuk dada tanya selera :)


0 comments:

Post a Comment