Persoalannya:
Apakah yang menyebabkan penuaan dan penambahan penyakit
dan
ketidakupayaan apabila usia makin meningkat?
Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori
radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh
Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan
disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh
molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.
Dari
mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?
Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam
proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan
sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil.
Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas. Selain dari proses biasa
badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok,
radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan
radikal bebas. Masalah akan timbul
apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan
oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres
pengoksidaan.
Radikal
bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini
membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali
stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang
stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan
kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya.
Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut.
Semakin usia meningkat semakin
bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi
semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai
masalah kesihatan.
Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui
pertalian antara stres pengoksidaan dengan lebih dari 200 jenis
penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah
pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan
lain-lain penyakit degeneratif.
Bagaimana
menangani radikal bebas?
Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebas.
Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung
kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah
diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin
E dan beta karotina.
rujuk SUMBER
Thursday, 13 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment