Seperti
yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan
sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan
otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh
membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita
lebih cerdas.
Malah,
cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula
makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional
dalam bahasa Arab.
Namun,
sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan
Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain
ini cuba
diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius
Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya
ingatan :
MADU
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia
adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai
jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan
ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu
juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium,
sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk
tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Rasulullah S.A.W bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu"
Madu
didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia
boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca,
merancang, dan bermesyuarat.
Cara minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam
Pantang: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat berbahaya!!
KISMIS
Mengandungi
zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan
bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.
Cara makan:
1- menghadap Kiblat
2- Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
3- Baca doa penerang hati
4- Makan secara kemam seperti gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang
5- Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari
SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia
mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan
iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
Susu
yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan
lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
Rasulullah S.A.W menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat daripada susu debu.
Cara minum:
1-sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
2-baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W
TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia
mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium,
fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan
ekstraktif.
Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah S.A.W memerintahkannya supaya memakan telur"
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.
HALIA
Ia
sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus
dan mencampurkannya dengan gula.
Cara makan: dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi
LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w,"Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari"
DAGING BURUNG MERPATI
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
OTAK AYAM
Boleh buat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya
DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.
HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang
pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang
tinggi.
BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
ZA'FARAN: KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.
KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
BUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.
BUNGA CENGKIH
Ditumbuk
sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang
kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.
LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w, "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal"
BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
MINYAK SAPI
Dimakan
terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.
SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.
credit to SUMBER
0 comments:
Post a Comment