G6PD bukanlah penyakit yang asing dalam masyarakat kita kan. Selalu juga saya dengar sama ada ibu bapa atau pesakit sendiri beritahu "...saya ada G6PD.." Ayat ni umum kena tahu maksud sebenarnya ialah menghidap masalah kekurangan G6PD atau G6PD deficiency. Yang ni sangat penting ya untuk diberitahu apabila mendapatkan rawatan sama ada di klinik atau hospital sama ada kerajaan atau swasta. Atau ketika mendapatkan rawatan alternatif sekali pun. Sebabnya penghidap G6PD kurang ni ada PANTANG LARANG nya ya. Kalau silap makan nanti buruk padahnya..
Ada orang bertanya pada saya betul ke penyakit G6PD ni boleh sembuh?
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia
adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki
dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara
am.
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma.
Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang
mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan
kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja.
Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X
nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang
berlaku.
G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah
apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.
Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan
berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik
muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD
boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini
termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang,
pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi
(Cecil, 1992).
Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan
G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan
terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan
proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.
Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia
telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi. Sekiranya
anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang
perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat
dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam
sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan,
dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang
tinggi pada sesuatu masa. Anda juga harus memberitahu doktor anda
tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa
jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.
PERHATIAN!!!!
G6PD adalah penyakit warisan maka ianya
kekal seumur hidup. Tidak ada sebarang rawatan khas.
Walaubagaimanapun, sekiranya penghidap mengambil langkah
berjaga-jaga mereka berpeluang hidup dengan normal. Penghidap
perlu mengelakkan perkara-perkara di bawah:
a. Ubatan dan herba China seperti Rhizoma
Coptidis (huang lien), Calculus Bovis (neu huang), Flos
Chimonanthi Praecocis (lei mei hua), Flos Lonicerea (kam ngan fa)
dan Margarita.
b. Ubatan seperti sesetengah Antipyretics dan
Antibiotik (Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Sulfamethoxazole,
Trimethoprim), Antimalaria (Primaquine) dan Antispamodic (Phenazopyridine).
dapatkan nasihat doktor berdaftar dan maklumkan maklumkan
jururawat atau kakitangan perubatan sebelum mengambil sebarang
ubat.
c. Kacang parang dan produk-produk
berasaskannya.
d. Pendedahan terhadap ubat gegat (Naphthalene)
dan produk-produk yang mengandungi Naphthalene
BACA LANJUT
|
0 comments:
Post a Comment