Pesakit kencing manis semakin hari semakin bertambah di negara kita. Statistik menunjukkan pesakit kencing manis pada tahun 2011 menjangkau angka 3 juta berbanding lima tahun lalu yang hanya 1.5 juta. Kalau dulu biasa kita dengar orang-orang yang dapat kencing manis ni sebab ada keturunan yang menghidap kencing manis. Tapi sekarang kalau ditanya kebanyakan pesakit kencing manis sebenarnya tiada sejarah keluarga. Tetapi faktor semasa seperti pemakanan, persekitaran seperti tekanan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada terjadinya penyakit kencing manis.
"Penyakit tiga serangkai" sering diperkatakan yang merujuk kepada penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Kenapa tiga serangkai? sebab biasanya pesakit yang menghidap mana-mana penyakit antara tiga ini akan cenderung dan berisiko untuk mendapat penyakit yang lagi dua.
Yang menjadi kebimbangan ialah penyakit kencing manis setakat ini tiada ubat penyembuh, ubat-ubatan hanya untuk mengawal kadar gula supaya normal dan tidak berlebihan. Oleh sebab ini, penyakit ini dipanggil PENYAKIT SEPANJANG HAYAT..
Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes
bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau
diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan
penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula
mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan
oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit
memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa
darah.
Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin
(penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau
penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana
masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal
secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan,
bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin
diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara
makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit)
KENALI SIMPTOM-SIMPTOM DIABETES
Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat
ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi
penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
- Penjagaan pemakanan dan berat badan
- Kerap bersenam
- Pengubatan
- Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.
0 comments:
Post a Comment