Bagusnya kalau boleh kurus dalam masa yang singkat, tanpa menahan lapar, tanpa senaman kan.. Memang ada orang yang berjaya turunkan berat badan dalam masa yang singkat..TAPI berapa lama mereka mampu bertahan dengan berat yang di miliki? sebulan? dua bulan? adakah diet yang diamalkan adalah sihat dan betul?
ADAKAH ANDA PASTI BERAT YANG HILANG ADALAH DARIPADA LEMAK???
Orang kata berat yang turun dalam masa beberapa hari, kemudian naik balik dan seterusnya turun naik turun naik adalah kerana berat yang hilang adalah berat air. Betul ke? Apa perbezaan di antara...
Apa maksud Hilang Berat?
- mengurangkan berat secara keseluruhan termasuk berat tulang, otot, lemak, organ.....
Apa maksud Hilang Lemak?
- mengurangkan lemak dalam badan. Sasaran yang sihat ialah kurang 10% bagi lelaki dan 15% bagi wanita dari keseluruhan lemak dalam badan
Apabila anda ingin kurus, apa yang anda maksudkan? Hilang lemak atau hilang berat? Ada individu yang perlu menurunkan berat keseluruhan contohnya atlet sukan tapi untuk kebanyakan individu mengurangkan lemak badan sahaja adalah lebih baik. Kenapa dengan berat badan? tak sama ke dengan berat lemak?
* Berat badan adalah tidak tetap setiap hari kerana dipengaruhi oleh isi kandungan perut/usus/pundi kencing, air dalam badan, jisim otot/tulang
* Dua individu yang mempunyai tinggi yang sama boleh mempunyai berat yang sama tetapi nampak berbeza kerana kandungan lemak dalam badan yang lebih rendah
![]() | ||
Dua individu yang mempunyai body mass index (BMI) yang sama |
Bagaimana PENIMBANG BERAT "menipu" anda?
1) Karbohidrat dan Air : karbohidrat mengikat kepada air. Apabila seseorang individu mengamalkan diet rendah karbohidrat akan dapat mengurangkan berat badan, iaitu BERAT AIR. Proses menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat sebenarnya adalah menghilangkan BERAT AIR. Apabila seseorang mengalami keadaan yang menyebabkan air kering @ kurang seperti dehidrasi, berat badan juga turut berkurangan. Apabila seseorang mengambil karbohidrat berlebihan, air juga meningkat dalam badan, maka berat juga akan naik.
2) Hilang lemak, bina otot : Individu yang melakukan senaman secara intensif dan berterusan dapat mengurangkan lemak badan tetapi pada masa yang sama membina otot. Apabila di timbang, berat tidak atau kurang perubahan seolah-olah tiada kesan positif dalam penurunan berat badan. Tetapi keadaan sebenarnya ialah berat yang kekal itu ialah daripada jisim otot yang terbina, manakala lemak sebenarnya telah berkurangan.
JADI APA YANG ANDA INGINKAN?? TURUN BERAT SEMENTARA ATAU YANG KEKAL LAMA??
** mengumpul lemak pun mengambil masa yang lama sebelum seseorang jadi gemuk, jadi nak kurus pastilah lebih lama untuk memecahkan lemak-lemak tersebut**
NEXT ENTRY: MACAM MANA NAK TURUNKAN LEMAK DENGAN CEPAT :)
0 comments:
Post a Comment