Excited pulak tengok malaysia lawan indonesia boleh menang 2-0. Walaupun pada awalnya pemain malaysia nampak macam tak tentu hala je, hehehe.. Dalam excited tu teringat nak share sesuatu dengan semua orang.. :) Orang-orang yang selalu kerja kuat, membanting tulang empat kerat tak kira lah pemain bola sepak ke buruh kasar ke memang memerlukan stamina, kalau takde stamina larat ke nak keje kuat-kuat tu..
Bila bersukan @ keadaan yang memerlukan metabolisma yang tinggi, badan akan kehilangan bendalir di mana seseorang boleh mendapat keadaan dehidrasi atau kurang air dalam badan. Amaun air yang cukup dalam badan adalah sangat penting kerana:
- Setiap manusia mengandungi 55 peratus hingga 75 peratus air. Air
sangat penting untuk membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran
makanan yang dimakan.
- Selain itu, air juga membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.
- Fungsi lain bagi air dalam tubuh kita ialah untuk menyelaraskan suhu
badan 24/7 serta memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran.
- Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air. Darah merupakan sistem
pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh
tubuh.
- Manakala rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya
adalah air. Sistem penghadaman manusia menghasilkan hampir 1.7 liter air
liur setiap hari.
- Disebabkan fungsi-fungsi yang penting ini, dalam keadaan normal tubuh
memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia
berfungsi secara optimum.
-Jumlah ini juga bergantung kepada saiz, diet, sejauh mana individu
tersebut mengamalkan gaya hidup aktif dan keadaan cuaca persekitaran
Chai Wen Jin, Pakar Pemakanan Sukan daripada Institut Sukan Negara
(ISN), turut bersetuju dengan pandangan bahawa dehidarasi yang banyak
menjejaskan prestasi optimum fizikal dan mental seseorang atlet.
"dehidrasi boleh
menjejaskan prestasi, memandangkan jika anda kehilangan dua peratus
daripada kandungan air dalam tubuh, pencapaian anda akan berkurangan
sebanyak 20 peratus, jika anda kehilangan 4 peratus, prestasi anda akan
menyusut sebanyak 30 peratus dan kesihatan anda menghadapi risiko."
"Sebelum latihan, para
atlet disyorkan minum antara 250ml dan 500ml air, kira-kira 20 hingga 40
minit lebih awal untuk memastikan hidrasi yang memadai, yang memberikan
tempoh masa bagi perkumuhan air berlebihan yang diminum," katanya.
Semasa bersenam, otot-otot yang bekerja mengeluarkan haba, yang dengan mudah boleh meningkat sehingga 20 kali ganda pada atlet-atlet terlatih, bergantung kepada suhu sekitarnya dan kuatnya pergerakan. Para atlet juga harus minum secara berjadual, pada selang masa tertentu, dan mengambil cecair pada kadar yang mencukupi untuk menggantikan air yang hilang menerusi peluh.
Selepas senaman - untuk mengembalikan sepenuhnya bendalir dalam tubuh selepas latihan - atlet harus minum air yang lebih banyak daripada jumlah yang hilang melalui peluh.
"Rasa dahaga mungkin bukan perangsang yang memadai untuk memastikan penggantian dehidrasi sepenuhnya. Apa yang diminum semasa tempoh pemulihan, terutama dalam dua jam pertama, boleh memberi kesan ketara pada kadar pemulihan serta prestasi dalam sesi olahraga yang berikutnya."

Minuman sukan mengandungi antara enam dan lapan peratus karbohidrat dan 20 hingga 25mmol kalium bagi setiap 240ml.
Penemuan penyelidikan membuktikan bahawa minuman yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit, lebih berkesan dalam menggantikan air berbanding air semata-mata dan dalam masa yang sama menambah simpanan tenaga dalam tubuh.
Tetapi minuman sukan tidak semestinya disediakan untuk sukan, seperti yang dijelaskan oleh Dr Elizabeth Broad, Pengurus Khidmat Klinikal, Jabatan Nutrisi Institut Sukan Australia.
"Minuman sukan dikategori sebagai bantuan `ergogenic', yang turut termasuk produk makanan dan pemakanan tambahan."

JADI jangan pandang remeh dengan pengambilan air ni ye, terutamanya bila badan dalam keadaan yang sangat memerlukan air tetapi pengambilan air adalah terhad..
0 comments:
Post a Comment