CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
BETTER CONSULTATION, BETTER INFORMATION, BETTER NUTRITION, BETTER HEALTH, BETTER LIFE

Thursday, 29 November 2012

RAHSIA PEMAKANAN CENDEKIAWAN ISLAM



Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
 
MADU
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.

Rasulullah S.A.W bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu" 
 
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

Cara minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam
Pantang: Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat berbahaya!!
 
KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

Cara makan:
1- menghadap Kiblat
2- Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
3- Baca doa penerang hati
4- Makan secara kemam seperti gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang
5- Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari

SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

Rasulullah S.A.W menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat daripada susu debu. 

Cara minum:
1-sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
2-baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasulullah S.A.W

TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah S.A.W memerintahkannya supaya memakan telur" 
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

HALIA
Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

Cara makan: dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi
 
LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

BUAH DELIMA
 Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w,"Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari"
 
DAGING BURUNG MERPATI
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

OTAK AYAM  
Boleh buat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya
 
DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
 
DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

ZA'FARAN: KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.
KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

BUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.
 
LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w, "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal"

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
 
MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.

credit to SUMBER

Saturday, 24 November 2012

Petua Kecantikan



Berikut 20 petua kecantikan yang boleh diamalkan.

1- Bibir merekah
Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.


2- Masalah jerawat
Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.


3- Rambut kekal hitam
Agar rambut kekal hitam, gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.


4- Jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.


5- Seri wajah
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.


6- Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.


7- Segarkan mata
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata seketika.


8- Agar rambut kekal hitam
Gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.


9- Rambut beruban & kelimumur
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.


10- Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,Ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.


11- Hilangkan tanda hitam
Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Insyaallah kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar. Selamat mencuba.


12- Memutihkan gigi
Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.


13- Pulihkan kulit terbakar
Parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan dengan satu camca madu. Selepas itu sapukan ramuan itu tadi pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan selaman beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air bersih. lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.


14- Menghilangkan kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.


15- Mengekalkan kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.


16- Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

17- Menghilangkan parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

18- Menegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

19- Melembutkan rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

20- Merawat kulit berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

credit to jpn

MITOS PEMAKANAN SIHAT



Mitos mengenai pemakanan sihat:

1. Bersenam dengan perut kosong.

Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.

2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.

Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.

3. Tidak mengambil sarapan pagi.

Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan
pagi memulakan hari anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat
mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari.

4. Diet rendah karbohidrat.

Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga.

5. Makan apa saja yang anda mahu.

Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan
apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.

6. Kalori tidak mencukupi

Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 1 – 2 paun seminggu. Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna.

7. Kurang minum.

Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.

Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah kehidupan anda – kepada yang lebih baik. 


credit to INFO SIHAT

KESIHATAN SEPANJANG HAYAT

 


Apabila anda sakit, anda akan berjumpa doktor. Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat (most of the time ya) Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula (kami pengamal perubatan pun mengharapkan yang sama)  Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.

Anda telah mendengarnya sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya. Pencegahan lebih baik dari pengubatan. (memang betul dan adalah yang terbaik) Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya. Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal (Tolonglah datang awal untuk pemeriksaan, jangan dah terlambat baru nak datang, kadang2 tak banyak usaha yang kami boleh buat) Cuba renungkan. Renungkan bahawa makna sebenar pencegahan adalah menahan sesuatu dari berlaku. (memang, saya setuju)

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik untuk menyedari bahawa tubuh anda memerlukan penjagaan. Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?

Tahukah anda bahawa setiap dari kita dibekalkan dengan sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita dari sebarang penyakit? Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh yang Maha Pencipta dan dikenali sebagai sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh bekerja pada setiap saat tanpa henti bagi
melindungi diri kita dari serangan berbagai mikro organisma yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri. Setiap hari kita berdepan dengan serangan mikro organisma yang terdiri dari berjuta jenis bakteria, beratus ribu jenis kulat, 130 lebih parasit dan lebih dari dua ribu jenis virus. Selain dari itu terdapat lebih dari dua ratus jenis sel kanser dan setiap dari kita terdedah
kepada serangannya. Justeru dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Adakah anda juga tahu bahawa sistem imun kita menjadi semakin lemah apabila usia kita semakin meningkat? Faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah tidak cukup rihat, stres, makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai).Memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dll.

Sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik, sama ada terlebih atau terkurang tindakbalas, boleh membawa kepada berbagai jenis penyakit. Sebagai contoh,
terlebih tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit auto-imun seperti diabetes jenis 1,
artritis reumatoid, slerosis berganda dan lupus. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman dari dalam boleh membawa kepada penyakit seperti kanser, HIV,
hepatitis dan kayap. Terlebih tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada penyakit di bawah kategori alahan seperti rinitis, lelah, ekzema dan sinusitis. Terkurang tindakbalas terhadap ancaman luar boleh membawa kepada infeksi.

Memperkasakan sistem imun merupakan pelaburan terbaik untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Ramai yang percaya bahawa makanan seimbang boleh membantu kita mengekalkan kesihatan. Apa yang sebenarnya anda faham mengenai makanan seimbang? Renungkan fakta berikut:
  • Di abad ini terdapat lebih 75,000 bahan kimia sintetik dalam persekitaran, yang tidak pernah wujud sebelum 1940.


  • Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak, ini membuatkan nutrien yang tak ternilai belum sempat terhasil. Selepas dipetik, proses tersebut terhenti.


  • Sayur-sayuran dicemari racun makhluk perosak. Perlu dibersih berulang kali untuk membuang racun dan proses ini membuatkan nutrien hilang.


  • Antibiotik dan hormon pertumbuhan digunakan dalam penghasilan daging, ayam dan hasil tenusu.


  • Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.


  • Udara dan sumber air juga turut tercemar.
Adakah anda masih percaya yang anda boleh mendapatkan makanan seimbang?



Wednesday, 21 November 2012

BENGKAK TIROID .DAN GANGGUAN HORMON..



Hari ni saya nak berkongsi sedikit tentang penyakit thyroid ni.. Penyakit  thyroid bengkak ni bukan penyakit yang jarang di kalangan kita ya.. Penyakit ini lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki dan boleh berlaku sama ada semasa kehamilan atau selepas kehamilan. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berumur 20 tahun ke atas.
Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121007/kn_01/Cara-merawat-penyakit-tiroid#ixzz2CqbzdfR2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Di hospital pun saya selalu mendapat pesakit thyroid untuk melakukan prosedur FNAC (fine needle aspiration cytology), dimana sedikit tisu diambil dari tempat yang bengkak untuk dikaji dan diberi diagnosis. Bengkak tiroid ni boleh jadi kes benign ( tak bahaya ) dan boleh jadi malignant (bahaya) ye iaitu kanser.. macam mana nak beza? biasanya yang tak bahaya ni bengkak tu mengambil masa yang lama untuk membesar atau kadang-kadang tak membesar langsung (saiz sama je), boleh jadi 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau lama lagi.. Kalau yang bahaya ni iaitu kanser biasanya bengkakan tu menjadi besar dalam waktu yang singkat je dan bengkakan boleh menjadi keras atau tidak meyebabkan apa-apa simptom..

Seseorang boleh mempunyai bengkak tiroid dan mengalami gangguan hormon (hyperthyroidism atau hypothyroidism) atau tidak mengalami gangguan hormon (euthyroid). Hyperthyroidism adalah keadaan di mana kelenjar tiroid terlalu aktif dan mengeluarkan hormon secara berlebihan dan Hypothyroidism adalah keadaan sebaliknya. Euthyroid ialah keadaan di mana seseorang mempunyai bengkak tiroid tetapi tidak mengalami apa-apa simptom kerana kandungan hormon dalam badannya adalah normal, tidak lebih dan tidak kurang..

Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121007/kn_01/Cara-merawat-penyakit-tiroid#ixzz2CqbzdfR2
© Utusan Melayu (M) Bhd
BACA lanjut tentang penyakit tiroid di SINI  dan di  SINI

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU??  


credit to MamiRozy

Untuk hypertiroidisme

1) ESP

- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid

** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid) 

Baca lanjut di SINI

Untuk hypotiroidisme

1)  VITA-LEA IRON FORMULA

- multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink

baca lanjut di SINI 

- iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)
- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)

2) VITA-E COMPLEX
- kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)

baca lanjut di SINI 

UMMUAUNI
sms@whatsapp 017-2345559
email acheek2011@gmail.com

KHASIAT VITAMIN A SHAKLEE..


TAHUKAH ANDA SETIAP HIDANGAN CAROTOMAX SHAKLEE ADALAH BERSAMAAN: 


89 HIDANGAN RASPBERRY

KANDUNGAN ALPHA CAROTENE:
* baik untuk penglihatan malam, untuk mata yang sihat
* menghalang degenerasi penglihatan






102 HIDANGAN PISANG

KANDUNGAN CAROTENE:
* baik untuk penglihatan malam, untuk mata yang sihat
* menghalang degenerasi penglihatan
* memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka
* mempertingkatkan sistem imun 
* mengurangkan risiko kanser usus, payudara
                                            dan prostat




 714 HIDANGAN APRIKOT

KANDUNGAN LYCOPENE:
* bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ
* mengurangkan penyakit kelenjar prostat
* untuk serviks yang sihat
* membantu kitaran jantung yang baik
* mempertingkatkan sistem imun



113GRAM IKAN SALMON

KANDUNGAN ASTAXANTHIN
* melindungi kerosakan oksidasi kolesterol LDL



285 HIDANGAN PINK GRAPEFRUITS (LIMAU GEDANG)

KANDUNGAN LUTEIN:
* menyekat katarak, AMD (age related macular disease), glaukoma

KANDUNGAN ZEAXANTHIN:
* melindungi mata; menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya
                                           * mengurangkan risiko kanser payudara, ovari,
                                           endometrial, serviks

LAGI TENTANG CAROTOMAX??

* Tidak menjadi toksik dengan pengambilan berlebihan kerana kandungan beta karotena adalah prekursor Vitamin A ( Vitamin A hanya dihasilkan apabila diperlukan )

MANFAAT-MANFAAT LAIN??

* Meredakan penyakit kulit - dengan pengambilan yang banyak melegakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat. Penggunaan luaran untuk scabies, ulser kulit, jerawat

* Melindungi epitelial - memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari..boleh merawat ulser saluran usus

* Menggalakkan perkembangan normal dan sihat - merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja; menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, gigi, gusi 
- membantu sistem reproduksi dan penghasilan sperma yang sihat


UMMUAUNI
sms@whatsapp 017-2345559
email acheek2011@gmail.com

Monday, 19 November 2012

SHAKLEE?? OK KE??


Bila berjumpa ramai orang memang banyak kemusykilan-kemusykilan yang timbul.. tp tak salah bertanya kerana TAK KENAL MAKA TAK CINTA kan :) sy cuba memberi jawapan yang terbaik dan sekiranya ada yang tidak jelas sy pasti akan merujuk kepada MENTOR sy :) 

Apa yang biasa mengganggu fikiran mereka??

1) Apa SHAKLEE ni? ok ke? selamat ke?

SHAKLEE ni syarikat yang diasaskan oleh Dr Forrest C. Shaklee yang menghasilkan vitamin-vitamin dr unsur-unsur semulajadi sejak lebih dr 50 tahun. Berdasarkan maklumbalas dan testimoni2 pengguna yg dh gunakan produk ni, SHAKLEE mmg ok dan berkesan. Dengan SHAKLEE anda boleh menarik nafas lega kerana produk-produk SHAKLEE memang di jamin selamat kerana setiap tahun syarikat SHAKLEE membuat lebih 83000 ujian kualiti ke atas produk-produknya dan lebih 350 ujian dijalankan ke atas bahan-bahan botani baru..SHAKLEE juga membelanjakan USD 300 juta untuk tujuan R&D.. :)  Kenapa? Kerana SHAKLEE menjamin kepuasan 100% kepada pengguna-pengguna produknya...

2) Apa bagusnya SHAKLEE ni?

SHAKLEE ni dah terbukti berkesan dalam meningkatkan kesihatan dan merawat bermacam-macam penyakit..dah banyak ujian klinikal yang dikeluarkan. Setiap produk dah dikaji dan digabungkan dengan pelbagai unsur-unsur tumbuhan semulajadi supaya dapat memberikan kesan yang optimum dan pelbagai fungsi..Ramai pengguna yang dah berkongsi pengalaman dan testimoninya ttg keberkesanan produk SHAKLEE. Ada kajian-kajian yg telah dijalankan menunjukkan produk SHAKLEE lebih baik dr produk-produk yg ada di pasaran. 

3) Banyak sangat vitamin ni, takkan nak makan semua?

Tak perlu mengambil semua produk.. pilih produk yang bersesuaian dengan anda. Hanya dengan satu produk sahaja pun InsyaAllah anda akan merasai kesan baiknya. Cuma apabila digabungkan pelbagai produk hasilnya pun akan lebih baik, lebih cepat.. Memandangkan produk SHAKLEE ni mempunyai manfaat yang pelbagai, banyak produk-produk yang boleh memberikan kesan utk sesuatu keadaan..dan produk-produk inilah yang kita sarankan utk dibeli..contohnya trial pack asas iaitu multivitamin VITALEA, B-Complex dan Vitamin C.. sebenarnya dlm multivitamin tu pun dah ada vitamin B, Vitamin C, asid folik, kalsium, zat besi, zink dsb..jadi kalau makan VITALEA sahaja pun anda dah mendapat pelbagai vitamin dan mineral.. Cuma jika digabungkan lagi dengan vitamin-vitamin lain kesannya pasti lebih baik, mungkin lebih cepat.. Ibarat pokok yang dibaja sahaja kemudian ditinggalkan dengan pokok yang dibaja, disiram setiap hari, dijaga pastilah buah yang dihasilkan itu berbeza, mungkin lebih besar dan lebih lazat :) 

4) Tak tahu nak beli yang mana, nanti silap pilih

Jangan bimbang, produk mana-mana pun yang yg anda pilih pasti akan memberikan kesan kepada kesihatan anda kerana ada produk-produk yang mempunyai kandungan yang sama.. contohnya B-complex dan multivitamin..dlm multivitamin pun ada vitamin B. jd x makan B-complex pun, hanya makan multivitamin pun anda dh dpt khasiat vitamin B tu sebenarnya..yang penting makan dengan KONSISTEN..kalau sekejap makan sekejap tak makan mmg lambat la rasa kebaikannya

5) Boleh ke makan vitamin ni dengan ubat hospital?

Boleh.. nak lebih baik jangan makan serentak..makan ubat dulu sejam or dua jam lepas tu baru makan suplemen ni. tp kena hati-hati jugak, kena monitor contohnya tekanan darah dan gula.. kalau dah makan ubat kencing manis/darah tinggi pastu makan suplemen yang boleh rendahkan gula/tekanan darah, kena alert la tanda-tanda kalau gula atau tekanan darah jadi rendah sangat pulak.. bahaya jugak..kena seimbangkan..kalau tanya saya, secara peribadi saya takde masalah pesakit nak menggabungkan kaedah moden dan pengambilan suplemen ni asalkan faham dan diyakini SELAMAT.. kalau doktor2 lain mungkin ada yang tak bagi.. itu pendapat peribadi lah
6) Saya dh makan vitamin-vitamin ni tp tak ada kesan pun

Ada banyak sebab kenapa vitamin tak berkesan.. nanti saya huraikan lebih lanjut dlm topik yg lain :)
 





GARLIC SHAKLEE: MANFAAT YANG TERSELINDUNG




Vitamin yang wajib saya bawak dlm beg tgn tiap kali keluar ialah GARLIC... lepas makan berat-berat, telan dua  biji dan biarkan ia menjalankan fungsi dan tindakannya...Alhamdulillah :)  heee.. Bukannya apa, tau2 je la kalau dah selalu travelling tu mmg sah2 la slalu makan luar..kalau tak travel pun balik keje dah penat makan kat luar lagi.. dah x larat nak masak.. kadang-kadang malas pun ada, hehe. Husband sy ni jenis kuat makan tp x boleh makan banyak2, kalau makan banyak je mula la perut sebu, pastu berpeluh2, pening kepala sampai muntah2.. GARLIC la penyelamatnya :) 
Makan-makan jugak tapi kita kena ingat makanan kat kedai-kedai atau warung ni kita bukannya tahu tahap kebersihannya, cara pengendalian sama ada makanan ke alatan ke atau apa yang diorang letak dalam masakan sampai sedap sangat makanannya..tu kalau yang sedap lah.. kalau makan yang fast food tu memang lah tahap kebersihan dapat A tapi semua pun tahu tak elok slalu makan fast food ni kan..sebab kandungannya yang bermacam-macam tu lah.. Silap-silap boleh dapat kanser usus ye, huhu.. 

So apa yang bagus sangat GARLIC ni.. Meh kita tengok  MANFAATNYA:

* mengandungi spearmint
- mempertingkatkan fungsi sistem penghadaman, jantung 

Bila dah makan banyak-banyak tu sistem penghadaman masih boleh berfungsi dengan baik, mencerna makanan yang bermacam-macam tu..xdelah rasa sebu, loya, nk muntah lagi :)

* antibiotik yang selamat dan semulajadi
_ selamat utk kegunaan jangka masa panjang utk mempertingkatkan sistem imun tubuh,
- menghalang penyakit berjangkit spt selsema, kulat, kuman, virus, yis candida

makanan-makanan yang terdedah tu kita tak tahu apa la yang dah menghinggap di situ, sekurang-kurangnya kita dah prepare antibiotik semulajadi ni kot2 la ada unsur-unsur yang merbahaya kpd kesihatan ni..

* menghalang alergi - eg: resdung, lelah
- mempertingkatkan sistem imun

Ada orang yg allergi kepada seafood, belacan, MSG ke contohnya orang yg ada resdung, penyakit kulit..kalau dah cover dengan GARLIC ni mungkin masalah alergi tu dh kurang or tak ada, so boleh la makan makanan anda dengan hati senang :) 

* mempertingkatkan sistem penghadaman
- formula uniknya mampu mengatasi masalah seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman
- mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser perut

Jadi sekarang anda tahu kenapa saya tak boleh tinggalkan GARLIC ni? :)

* menstabilkan tekanan darah tinggi
- kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan tekanan darah tinggi sebanyak 8 point

Makanan-makanan yg orang masak kat luar tu bukannya kita boleh kawal berapa sudu garam nak letak kan. belum tambah lagi dengan ajinomoto.. nak sedap lagi tambah dengan ramuan-ramuan ciptaan sendiri..dalam tak sedar tekanan darah kita yang melambung tinggi..

* detoksifikasi
- garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas
(raksa, plumbum, kadmium adalah logam toksik yg akan menaikkan tekanan darah
- garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan akibat dari logam
- melindungi kerosakan hati oleh bahan kimia

Apa-apa yang dah masuk dalam perut kita tu mungkin banyak kandungan yang membahayakan, jadi bila dh makan GARLIC, boleh lah "sampah sarap" tu diangkut keluar, badan kita pun lebih sihat :)

* menurunkan kolesterol
- merendahkan LDL, trigliseride dan kelikatan darah
- mengurangkan pembekuan darah
- meningkatkan kolesterol HDL
- melindungi jantung
- menghalang strok dan penyakit koronari

Susahnya nak elak makan makanan yang berlemak, berminyak, bersantan.. yg memang sah2 tinggi kandungan kolesterolnya.. kalau org vegetarian or yg sgt komited menjaga pemakanan ni ok lah..tapi kalau macam saya ni yg pantang lalu makanan je baik bersiap-sedia dr awal. kata org sediakan payung sebelum hujan.. payung saya adalah GARLIC lah :) 

* mencegah kanser
- membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine
Kot-kot la makanan tu sebenarnya ada Nitrosamine ni, at least ada jugak agen yang nak menentangnya kan..kita pun kurang lah risiko dapat kanser.. :)

* membantu menstabilkan glukosa dalam badan 

Gula ni memang tak boleh tinggal..dalam kebanyakan masakan/minuman mesti ada guna gula kan. kalau takde tak umphhh la..kurang rasanya.. nak menjaga intake gula dalam kehidupan seharian ni bukanlah sesuatu yang senang..contohnya saya la..suka makan coklat, kek coklat moist tu mmg favourite lah, air nak air yg manis2.. jadi sy harap semoga GARLIC ni dptlah membantu saya mengimbangi kehendak mulut saya ni..huhu..at least dah ada usaha di situ..kalau x buat macam ni silap2 x sempat tua dah ada kencing manis la saya ni..saya taknak ada kencing manis, huhu..

JADI ANDA BAGAIMANA?? TEPUK DADA TANYA SELERA :) 

UMMUAUNI
sms@whatsapp 017-2345559
email acheek2011@gmail.com