CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
BETTER CONSULTATION, BETTER INFORMATION, BETTER NUTRITION, BETTER HEALTH, BETTER LIFE

Sunday, 27 January 2013

Berjaya turunkan berat badan dalam masa yang singkat? : WEIGHT LOSS vs FAT LOSS



Bagusnya kalau boleh kurus dalam masa yang singkat, tanpa menahan lapar, tanpa senaman kan.. Memang ada orang yang berjaya turunkan berat badan dalam masa yang singkat..TAPI  berapa lama mereka mampu bertahan dengan berat yang di miliki? sebulan? dua bulan? adakah diet yang diamalkan adalah sihat dan betul? 

ADAKAH ANDA PASTI BERAT YANG HILANG ADALAH DARIPADA LEMAK??? 

Orang kata berat yang turun dalam masa beberapa hari, kemudian naik balik dan seterusnya turun naik turun naik adalah kerana berat yang hilang adalah berat air. Betul ke? Apa perbezaan di antara...


Apa maksud Hilang Berat?
- mengurangkan berat secara keseluruhan termasuk berat tulang, otot, lemak, organ.....

Apa maksud Hilang Lemak? 
- mengurangkan lemak dalam badan. Sasaran yang sihat ialah kurang 10% bagi lelaki dan 15% bagi wanita dari keseluruhan lemak dalam badan

Apabila anda ingin kurus, apa yang anda maksudkan? Hilang lemak atau hilang berat? Ada individu yang perlu menurunkan berat keseluruhan contohnya atlet sukan tapi untuk kebanyakan individu mengurangkan lemak badan sahaja adalah lebih baik. Kenapa dengan berat badan? tak sama ke dengan berat lemak? 

* Berat badan adalah tidak tetap setiap hari kerana dipengaruhi oleh isi kandungan perut/usus/pundi kencing, air dalam badan, jisim otot/tulang
* Dua individu yang mempunyai tinggi yang sama boleh mempunyai berat yang sama tetapi nampak berbeza kerana kandungan lemak dalam badan yang lebih rendah

Dua individu yang mempunyai body mass index (BMI) yang sama


Bagaimana PENIMBANG BERAT "menipu" anda?

1) Karbohidrat dan Air : karbohidrat mengikat kepada air. Apabila seseorang individu mengamalkan diet rendah karbohidrat akan dapat mengurangkan berat badan, iaitu BERAT AIR. Proses menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat sebenarnya adalah menghilangkan BERAT AIR. Apabila seseorang mengalami keadaan yang menyebabkan air kering @ kurang seperti dehidrasi, berat badan juga turut berkurangan. Apabila seseorang mengambil karbohidrat berlebihan, air juga meningkat dalam badan, maka berat juga akan naik. 

2) Hilang lemak, bina otot : Individu yang melakukan senaman secara intensif dan berterusan dapat mengurangkan lemak badan tetapi pada masa yang sama membina otot. Apabila di timbang, berat tidak atau kurang perubahan seolah-olah tiada kesan positif dalam penurunan berat badan. Tetapi keadaan sebenarnya ialah berat yang kekal itu ialah daripada jisim otot yang terbina, manakala lemak sebenarnya telah berkurangan. 

JADI APA YANG ANDA INGINKAN?? TURUN BERAT SEMENTARA ATAU YANG KEKAL LAMA?? 

** mengumpul lemak pun mengambil masa yang lama sebelum seseorang jadi gemuk, jadi nak kurus pastilah lebih lama untuk memecahkan lemak-lemak tersebut**


NEXT ENTRY:  MACAM MANA NAK TURUNKAN LEMAK DENGAN CEPAT :)



Ingin kurus dalam masa yang singkat??



"Saya malu, saya gemuk ".. " eh, aku rasa aku dah gemuk la, macam mana ni..".." Lagi 2 bulan nak kawen ni, macam mana nak turunkan berat badan ni.." Pasti kita sering dengar ayat-ayat ni kan :) sama ada kawan ke, family ke atau kita sendiri pastinya, hehe.. Siapa yang taknak kurus angkat tangan..kecuali orang yang underweight je rasanya yang xnak kurus. Even yang berat dah ideal dengan tinggi pun masih lagi rasa badan tu gemuk.. Macam mana??

Memang tak dinafikan rakyat malaysia ni ramai yang dah obes.. Di hospital pun dah ada program the biggest loser..nampak sangat ramai staf yang obes, hehe.. Sampai jamuan makan-makan pun nak kena ikut panduan kalori..tak boleh lebih kalori, ish3..

Ramai sangat yang nak kurus dalam masa yang singkat kan, tanpa berlapar, bersenam lagi bagus..bila ada je produk atau program yang menjanjikan turun berat badan dalam masa dua minggu, sebulan, pasti laris macam goreng pisang panas.. Ada yang berjaya, ada juga yang frust 'menonggeng' kan, duit dah habis banyak..apa pun tak dapat..ada yang berjaya turunkan berat badan lepas dua,tiga bulan naik balik.. Kenapa jadi macam ni ye?

Apa yang berlaku bila anda turunkan berat badan tu? Sama ada anda hilang lemak atau hilang berat badan keseluruhannya? Apa maksudnya tu? Kadang-kadang ramai yang tak sedar tentang keadaan ni..kalau anda sedar dan faham, pasti anda tidak akan kecewa dengan usaha anda untuk turunkan berat badan..

TUNGGUUU ENTRY SAYA YANG SETERUSNYA :) 








Saturday, 19 January 2013

VITA-LEA SHAKLEE:MULTIVITAMIN PERTAMA DI DUNIA


VITALEA SHAKLEE ADALAH MULTIVITAMIN DAN MINERAL YANG PERTAMA 
DI CIPTA DI DUNIA

Asalnya dikenali dengan nama "Vitalize-Mineral", kemudian disingkatkan kepada "Vita-min" (perkataan vitamin sekarang berasal dari SHAKLEE)
Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai VITA-LEA


APA KEISTIMEWAAN VITA-LEA SHAKLEE????

- Tablet Vita-Lea diselaputi dengan serbuk nutrisi - Spirulina
- Tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh
   manusia
- Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk
  penyerapan yang pantas oleh usus kecil

UJIAN KLINIKAL MEMBUKTIKAN PENGAMBILAN VITA-LEA SHAKLEE SELAMA SETAHUN BOLEH MENGURANGKAN RISIKO SAKIT SEBANYAK 65%

Mengandungi ; Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B12, C, E, Asid Folik, Biotin, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Copper, Zink

ANTARA MANFAATNYA IALAH...


* penambah tenaga segera - memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, membantu sistem memori dan fokus dalam pekerjaan atau pembelajaran

* pelengkap nutrisi - khususnya vegetarian, pengamal diet yg tidak seimbang, kekurangan darah merah @ anemia

* keupayaan sistem reproduktif - penting utk kanak2 & remaja yg sdg membesar

* asas nutrisi, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon

* melindungi organ - buah pinggang, jantung, hati, thyroid



For Details,
SMS/WHATSAPP 017-9408599
PM acheek2011@gmail.com
PM FB page : Doktor Vitamin

Friday, 18 January 2013

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET


Advanced Joint Health Complex mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangka masa seawal 5 hari - hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka.

Ramuan yang dirumus secara saintifik ini mampu :
+ meningkatkan mobiliti
+ meningkatkan fleksibiliti
+ menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang

Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas : zink, kuprum, mangan dan vitamin C - setiap satunya mempunyai peranan yang unik dan kritikal dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat

CIRI_CIRI:
* 100% bebas kekerang
* 100% vegetarian
* 100% bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
* Tiada perisa tiruan, pemanis atau pengawet
* Bebas gluten 


APA KATA PENGGUNA??

credit to grup mami rozy

credit to superbvitamin



For Details,
SMS/WHATSAPP 017-9408599
PM acheek2011@gmail.com
PM FB page : Doktor Vitamin

VIVIX CELLULAR ANTI-AGING TONIC


SEMULAJADI
UJIAN KLINIKAL KE ATAS RAMUAN UTAMA
EKSKLUSIF UNTUK SHAKLEE 

SATU PENEMUAN REVOLUSIONARI DALAM ANTI-PENUAAN PADA TAHAP SELLULAR 

 4 mekanisma penuaan pada tahap sellular

1) Kerosakan DNA
      - setiap hari setiap sel dalam tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan 
         yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan 
         genetik, menghasilkan satu kesilapan dari yang asal yang akan 
         mengganggu fungsi sel

2) Pengawalan Genetik
      - Ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan VIVIX mengaktifkan satu
         pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap 
         sellular

3) Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel
      - Mitokondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita
         perlukan dalam mengekalkan fungsi-fungsi sel. VIVIX menggalakkan 
         biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap
         tenaga dalam sel

4) Penimbunan protein AGE (advanced glycation end products )
     - Pengumpulan protein AGE boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular
        yang akan mengganggu keutuhan sel dan kepanjangan umur. Ramuan 
        VIVIX adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam 
        anggur muscadine ) untuk melambatkan pembentukan protein AGE

HANYA SESUDU VIVIX SEHARI......ANDA MENDAPAT..

- melindungi dan membaiki sel DNA
- perlindungan anti-oksidan
- menyokong kesihatan kardiovaskular
- menyokong kesihatan otak
- menyokong kesihatan sistem imun
- menyokong kesihatan sendi
- menyokong kesihatan secara menyeluruh


For Details,
SMS/WHATSAPP 017-9408599
PM acheek2011@gmail.com
PM FB page : Doktor Vitamin



MAXIMIZING VITAMIN ABSORPTION


Monday, 14 January 2013

LEGAKAN KESAKITAN SENDI..


PENYAKIT ini menyeksakan jutaan manusia di seluruh dunia. Arthritis adalah penyakit degeneratif (penyakit berkaitan penuaan) yang kronik dan berbeza daripada jenis sederhana sehingga ke tenat dan melemahkan.

Arthritis didefinisikan sebagai radang pada satu atau lebih sendi dan gejalanya termasuk kemerahan, bengkak, keempukan, kekakuan, rasa sakit-sakit dan kepanasan di kawasan terbabit.

Arthritis paling biasa ialah osteoarthritis, yang berlaku apabila rawan yang menampan hujung tulang pada sendi kita lama-kelamaan merosot. Perkataan ‘Oste’/‘Osteo’ bermakna tulang dalam bahasa Yunani.b

Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi dengan senang.

Rawan sihat sangat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa kesakitan. Namun apabila diserang osteoarthritis, rawan menjadi rosak dan beransur lusuh dan haus. Proses melusuh berterusan sehingga sedikit saja atau tiada lagi rawan tinggal pada sendi terbabit.
Ini menyebabkan tulang bergesel sesama tulang



Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan semula secara semula jadi. Namun, dalam penyakit osteoarthritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula.

Ramai yang menghidap osteoarthritis tidak mengambil khasiat untuk rawan mereka. Kita harus membekalkan nutrien perlu kepada badan supaya ia dapat membina rawan kuat dan anjal.

Mempunyai rawan kuat dan anjal adalah langkah pertama untuk mewujudkan sendi sihat. Justeru dengan sokongan nutrisi betul, penghidap osteoartritis dapat membina dan menumbuhkan semula rawan yang haus dan lusuh.

Sokongan nutrisi untuk osteoartritis
Glukosamin dan kondroitin adalah dua sebatian nutrisi penting yang digunakan untuk rawatan osteoarthritis.

Glukosamin dan kondroitin adalah komponen semula jadi bagi tisu sendi yang sihat. Ia menjalankan tugasnya dengan membekalkan ramuan mentah semula jadi yang diperlukan rawan untuk membaiki dan membina semula dirinya dan juga menumpaskan enzim semula jadi yang merosakkan rawan itu pada mulanya.

Glukosamin ialah sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam rawan sihat. Glukosamin juga unsur biasa glycsoaminoglycans dalam matriks rawan dan cecair sinovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan.

Kondroitin adalah unsur glycsoaminoglycans paling banyak dalam rawan dan ia bertanggungjawab memberi kebingkasan kepada rawan. Ia bertindak sebagai ‘magnet air’. Keupayaan kondroitin memegang air memberi ketegasan kepada rawan dan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’.

Mengambil suplemen glukosamin dan kondroitin membantu melegakan sakit sendi, membina semula rawan, meningkatkan keanjalan, melincirkan sendi, menggalakkan tisu sambungan yang sihat dan mengurangkan kekakuan.


Ingin mencuba suplemen SHAKLEE? Apa yang SHAKLEE tawarkan untuk anda?


ADVANCED JOINT HEALTH TABLET  


* meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 hari
* hampir 28% lebih pantas dan 45% lebih berkesan dalam meningkatkan keselesaan sendi berbanding satu jenama terkemuka ( DIUJI SECARA KLINIKAL )


Ingin mencuba? Sebotol Advance Joint Health Tablet berharga  RM 124 (EM)/130 (WM). Dapatkan PENJIMATAN HEBAT dengan tawaran PROMOSI Januari 2013

PM for details
Dr Aini 017-9791794
acheek2011@gmail.com
FB page : Doktor Vitamin

Saturday, 12 January 2013

BIJAK PILIH SUPLEMEN



Banyaknya vitamin nak kena makan, tak boleh la nak telan banyak2.. Siapa pernah terfikir  macam ni?? :)  jangan bimbang, saya pun pernah fikir macam ni, hehe.. sebab saya ni walaupun pengamal perubatan tapi masih culas dengan ubat-ubat ni, opssss.. :) saya pasti ramai yang kat luar sana terfikir macam ni kan..Tapi bila kita dah nampak kesannya bila dah sakit, dah hilang nikmat sihat, kita akan buat apa saja untuk mendapatkan balik nikmat KESIHATAN tu termasuk la makan pelbagai jenis ubat atau vitamin :)

My very own opinion is... tak perlu makan semua.. bukan MESTI makan..nama pun suplemen, pelengkap nutrisi..sebagai tambahan kepada nutrisi kita yang tak tahu cukup ke tak nutrien nya. Cuma bila digabungkan pelbagai jenis vitamin, insyaAllah kesannya lebih cepat dan lebih berkesan..kerana..SYNERGISTIC EFFECT..bahan A apabila dimakan dengan bahan B akan merangsang fungsi bahan B untuk bertindak dengan lebih baik sama ada dengan penyerapan yang lebih bagus, kesan yang lebih cepat dan sebagainya. Tetapi masih perlu "alert" ada sesetengah vitamin yang tidak bagus sekiranya di ambil serentak..dan pada waktu yang tidak sesuai..

Jadi macam mana nak tahu vitamin apa nak makan? Tips saya;
1) Kenal pasti dulu kita perlukan suplemen tambahan atau tidak? ( How sure are u that u are getting enough nutrients from your diet?? :) tepuk dada tanya MINDA )

2) Kenalpasti kenapa kita nak ambik suplemen.. Kita sihat, cuma nak tambah tenaga, jaga kesihatan dan kecantikan @  kita memang ada masalah, dah cuba macam-macam ubat x jalan, xnak makan ubat hospital @ sebab-sebab anda yang tersendiri

3) Setiap penyakit ada ubatnya.. Setiap keadaan pun kita ada cadangan vitamin mana yang disyorkan untuk makan. Kenalpasti melalui apa yang kita rasa sekarang, mungkinkah kita kekurangan vitamin A atau C, atau kekurangan zink.. Cuma nyatakan apa masalah anda dan InsyaAllah saya akan syorkan produk yang sesuai..tak semestinya satu produk sahaja yang sesuai, banyak vitamin yang mempunyai kesan yang lebih kurang sama.. Contohnya LECITHIN dan OMEGA GUARD, dua-dua boleh menurunkan paras lemak dan kolesterol dalam badan.. Perlu ambil dua-dua?? tak perlu.... Bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan anda.. MUDAH je kan?? Pilihan di tangan anda...tiada paksaan dalam memilih apa yang terbaik untuk anda..

4) Tak cukup budget? Vitamin mahal? Jangan beli yang mahal terus, boleh cuba yang murah dulu..contohnya LECITHIN lebih murah berbanding OMEGA GUARD. Tak boleh beli semua? banyak sangat? beli la mengikut budget dan keperluan anda..dan beransur-ansur tambah yang lain bila anda dah bersedia. Anda juga mendapatkan TRIAL PACK, bergantung kepada anda..nak 10 hari, 2 minggu, sebulan? Tapi bagi saya paling lama sebulan, saya lebih suka dua minggu..:) kenapa? hehe

Nak tips lagi?? jom like FB page saya :) Vita.Sihat